Selasa, 14 Julai 2009

Cara Makan Yang Betul


Seorang yang beradab tidak akan makan secara gelojoh walaupun berasa sangat lapar pada ketika itu.

Kenapa kita perlu makan perlahan-lahan dan bertertib? Apakah muslihatnya?

Menurut Rasullallah s.a.w. seseorang perlu mengunyah 40 kali sebelum menelan makanannya. Manakala saintis barat pula menekankan bahawa makanan perlu dikunyah sehingga hilang rasa benda yang dikunyah, iaitu lebih kurang dalam 50 kali.

Semasa kita makan, glukos darah naik sementara dan receptors akan menghantar isyarat ke otak memberitahu badan telah cukup makan. Secara amnya 20 minit diperlukan untuk isyarat sampai dari perut ke otak. Jadi apabila seseorang makan secara lahap (dan tidak mengunyah secara betul), selalunya kita sudah makan secara berlebihan ketika otak menerima isyarat cukup!!

Oleh itu tidak perlu untuk seseorang itu berdiet sehingga separuh mati untuk menurunkan berat badan. Kita cuma perlu menjaga cara pemakanan kita agar ianya betul dan tidak melebihi dari yang diperlukan oleh badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan