Selasa, 14 Julai 2009

Chicken Chop


Saiz Hidangan : 2 Orang


Bahan-Bahannya

2 peha ayam dibuang tulang (150-170gm)
60 gm serbuk roti
50 gm tepung gandum
2 biji telur (dikacau)
Garam
Lada hitam


Langkah-Langkah Penyediaan

1) Isikan tepung, serbuk roti dan telur dalam tiga bekas berasingan. Celupkan peha ayam ke dalam tepung, diikuti dengan telur dan akhir sekali serbuk roti.

2) Simpan peha ayam yang telah bersalut tadi di dalam peti sejuk sekuran-kurangnya selama 30 min sebelum dimasak.

3) Panaskan minyak dalam kuali leper. Masukkan peha ayam di bahagian yang mempunyai kulit dahulu. Masak dengan api perlahan selama 7-8 minit. Terbalikkan dan masak lagi selama 5-6 minit atau sehingga betul-betul empuk.

4) Letakkan kentang lenyek di dalam pinggan, bubuh ayam di atas kentang tersebut dan curah perlahan-lahan sos “brown” yang dicampur dengan cendawan.

KENTANG LENYEK

Bahan-bahannya

2-3 kg ubi kentang
200 gm mentega
350 ml susu segar
350 ml krim pekat
Garam
Lada putih


Langkah-Langkah Penyediaan


1) Kupas kentang dan kemudian dicuci dan dipotong dadu.

2) Masukkan kentang ke dalam periuk yang berisi air sejuk. Didihkan kentang dan bubuh garam. Kentang yang direbus hendaklah tidak terlalu benyek atau kurang masak.

3) Bila kentang sudah agak lembut toskan airnya dan lenyek kentang tersebut sedikit demi sedikit. Proses ini mesti dilakukan semasa kentang masih panas.

4) Bubuh mentega dan kacau sebati. Kemudian taruh susu, krim, garam dan lada putih sampai sebati dan lembut.



SOS “BROWN” BERCENDAWAN [1 liter]


Bahan-bahannya

80 gm cendawan butang
250 gm bawang besar (dipotong kasar)
60 gm seleri (dipotong kasar)
5 gm bawang putih
70 gm tepung gandum
1.2 liter stok ayam
350 gm tulang ayam (dibakar)
1 helai daun salam
Garam
Lada hitam


Langkah-Langkah Penyediaan

1)Panaskan kuali. Masukkan bawang, seleri dan bawang putih. Masak hingga garing dalam 10 minit.

2) Masukkan tepung gandum dan masak menggunakan api sederhana hingga tepung berubah menjadi warna perang.

3) Masukkan stok ayam, tulang ayam dan daun salam. Bubuh garam dan lada hitam.


4) Rebus perlahan-lahan selama 2 jam. Buang “buih” yang terapung selama proses merebus. Tapis dan simpan.

5) Sementara itu panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan cendawan butang dan masak beberapa minit kemudian masukkannya ke dalam sos perang.


Kredit Resepi - Chef Halim Abdullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan