Selasa, 14 Julai 2009

Dulu & Sekarang


Jika kita renungkan seketika, pada masa lampau rangkaian jalanraya dan pengangkutan serta sistem sejuk beku adalah tidak sebaik sekarang.

Ketika itu si pemasak menghadapi tugas berat untuk menghilangkan bau atu rasa yang tidak segar dari ikan dan daging yang diperolehi dari tempat lain. Dengan itu rempah digunakan dengan banyak untuk menutup rasa/bau yang tidak menyenangkan, ikan pula digoreng segaring mungkin supaya tahan lama. Walaupun si pemasak tidak belajar mikrobiologi tetapi dia faham bahawa makanan yang kering atau bergaram mampu tahan lama.

Tetapi sekarang dengan segala kemudahan moden dan peralatan canggih kita tetap dengan cara lampau iaitu menggunakan rempah berlebihan untuk menutup rasa. Walhal ikan, daging yang kita beli lebih segar berbanding tahun 60an dulu. Kenapa ya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan