Selasa, 14 Julai 2009

Lepas Makan, Tidur - Pemalas?


Kita selalu beranggapan seseorang yang tidur selepas makan itu adalah pemalas. Atau apabila suami terus mengantuk selepas makan malam, si isteri tertanya-tanya adakah kerana suami bosan atau si isteri tidak menawan lagi.

Sebenarnya hidangan makan malam itu sendiri boleh menjadi faktor kenapa sang suami mengantuk. Makanan yang mengandungi banyak tryptophan – sejenis asid amino yang membuatkan badan mengeluarkan serotanin yang membuatkan kita mengantuk. Contohnya daging lembu, kambing, ayam belanda.

Karbohidrat yang dihidang bersama lauk pauk juga mengeluarkan serotanin, contohnya kentang, keladi, roti.

Jenis makanan juga memberi kesan berapa lama kita tidur. Lemak mengambil masa lebih lama untuk hadam dari lain-lain. Jadi kalau lemak tinggi di dalam makanan, lagi lama kita tidur. Tetapi untuk sesetengah orang mungkin tidak, sebab bila makan banyak lemak perut pulak sakit dan tidak dapat tidur!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan