Selasa, 14 Julai 2009

Penjelasan Tentang Bahan Masakan

Tomato
Elakkan menyimpan tomato dalam peti sejuk. Lepas beli dari pasar biarkan dalam suhu bilik. Suhu sejuk dalam peti ais menghalang tindakbalas kimia yang akan memberi perubahan maksimum pada rasa dan bau tomato. Bila sejuk aroma tomato tidak akan sampai ke kilang deria bau.


Kentang

Tompok hijau pada kentang adalah disebabkan terdedah terlalu lama pada cahaya. Rasanya pahit dan mengandungi toksin. Walaupun tidak mati kalau kita memakannya, tetapi fikir dua kali juga.

Anak (sprout) yang ada pada kentang pun mempunyai toksin yang serupa, jadi jangan makan.
Elakkan menyimpan kentang dalam peti sejuk. Suhu sejuk dalam peti ais menggalakkan penukaran kanji kentang kepada gula. Proses kimia ini membuatkan kentang menjadi terlebih manis.


Bawang

Kandungan minyak aktif yang terdapat di dalam bawang boleh membuat kita menangis, ia juga boleh mempermainkan deria rasa dan bau.

Bawang mengeluarkan gas s-oxide apabila dipotong. Gas itu akan naik ke atas dan bertindakbalas secara kimia dengan selaput air di mata untuk membentuk asid sulfurik. Badan bertindakbalas semulajadi dengan mengeluarkan airmata untuk mencuci perangsang tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan