Tidak dapat disangkalkan semasa sakit semua makanan tidak ada rasa dan berbau memualkan. Mengapa ya?
Sebenarnya rangsangan rasa bukan hanya terganggu apabila kita demam atau kehilangan deria bau apabila kita selsema. Tekanan, gemuruh, stres sedikit sebanyak mampu mengganggu “rasa.” Ini kerana gemuruh/stres menaikkan kadar keasidan di dalam mulut. Masakan akan terasa lebih tajam dari asal. Oleh itu pastikan diri anda berada dalam keadaan tenang semasa “seasoning.”
Deria rasa bukan hanya tertumpu pada permukaan lidah. Deria rasa berada di bawah lidah, di tepi kedua-dua belah dalam pipi dan pada permukaan bibir yang sensitif pada rasa masin. Sebab itu apabila kita makan ikan masin atau daging yang ada pada tulang, kita makan dengan mengetap kedua-dua bibir dan menarik daging dari tulang. Ini akan memberikan sensasi kepada bibir dan makanan berasa sedap... agaknya.
Kepekaan rasa manis, masin, pahit pula amat kuat pada suhu 60° - 120°F. Jadi bila menaruh garam pada masakan panas yang akan dihidangkan sejuk, jumlah garam hendaklah dikurangkan agar tidak terlebih masin semasa dimakan nanti.
Deria bunyi adalah salah satu dari deria rasa. Tetapi kita jarang mengaitkannya ketika merasa makanan. Contohnya, bila kita makan goreng pisang lembik kita kata rasanya tidak sedap. Sebenarnya bukan rasa tidak sedap, tetapi “bunyi” yang tidak sedap. Rasa pisang tetap serupa – cuma gegendang telinga kita tidak dapat mendengar kerangupan salutan tepung pada pisang.
Begitu juga, jika diamati menu yang biasa kita hidangkan mesti mengandungi ikan goreng/ayam goreng. Ini mungkin kerana kita memenuhi kehendak “gegendang telinga”. Tanpa kita sedari kesan bunyi berperanan penting dalam menentukan masakan dan kesedapan sesuatu hidangan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan