Selasa, 14 Julai 2009

Risiko Kurang Pengambilan Lemak

Kerapkali kita dengar tentang keburukan lemak di dalam badan dan bagaimana lemak menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit. Memang ada kebenarannya, tetapi lemak juga mempunyai tugas yang penting di dalam badan.

Lemak adalah jentera penambah rasa, dan juga jentera untuk membawa vitamin larut lemak (A, D, E, K) ke seluruh badan.

Badan kita memerlukan lemak dan karbohidrat sebagai sumber tenaga. Jika badan kita tidak berlemak dan telah kehabisan karbohidrat, maka protin terpaksa digunakan sebagai sumber tenaga. Protin pula sebenarnya adalah lebih diperlukan untuk pembentukan tisu badan, bukan tenaga.

Dari itu, adalah penting untuk kita mempunyai lemak yang mencukupi di dalam makanan. Ia akan membantu badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan aktiviti harian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan