Selasa, 14 Julai 2009

Spaghetti Udang Galah


Saiz Hidangan - 2 Orang


Bahan-bahannya

150 gm udang galah
50 gm bawang besar
6 sudu besar minyak masak
2 biji tomato
2 biji cili merah
Garam
Lada hitam
5 gm ulam raja
280 gm spaghetti



Langkah-Langkah Penyediaan

1) Potong bawang secara dadu dan masak perlahan-lahan dalam kuali yang mengandungi minyak.

2) Masukkan tomato dan cili yang juga dipotong dadu disertakan secubit garam. Masak selama 5-6 minit.

3) Masukkan separuh dari udang ke dalam sos di atas dan masak selama 4 minit.

4) Masak spaghetti di dalam periuk yang mengandungi banyak air. Didihkan air sebelum dibubuh garam. Masak spaghetti selama 7-8 minit.

5) Toskan spaghetti dan masukkan ke dalam campuran sos tersebut. Kacau sebati selama 2 minit.

6) Separuh lagi udang dibubuh garam dan kunyit dan digoreng. Letakkan udang goreng di atas spaghetti.

Kredit Resepi - Chef Halim Abdullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan