Khamis, 20 Ogos 2009
Salam Ramadhan
Isnin, 27 Julai 2009
Warga Chini Ceria Masak-Masak Bersama Chef Halim
Acara tersebut dihadiri oleh 30 orang yang terdiri daripada Persatuan Gerakan Peneroka Wanita (GPW) dan komuniti berdaftar. Beberapa ahli steering committee seperti Tuan Haji Idris, En Yusof, Puan Zubaidah dan Puan Jahariah turut sama hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.
Program berlangsung sekitar jam 2 petang bersama lawatan daripada Packet One dan Unit Perancang Ekonomi (EPU). Wakil-wakil yang hadir melawat tapak acara terdiri daripada:
1) Tuan Hj Sumali bin Amat (EPU)
Isnin, 20 Julai 2009
Dahulukan Buah-Buahan
Selasa, 14 Julai 2009
Dulu & Sekarang
Tetapi sekarang dengan segala kemudahan moden dan peralatan canggih kita tetap dengan cara lampau iaitu menggunakan rempah berlebihan untuk menutup rasa. Walhal ikan, daging yang kita beli lebih segar berbanding tahun 60an dulu. Kenapa ya?
Penjelasan Tentang Bahan Masakan
Anak (sprout) yang ada pada kentang pun mempunyai toksin yang serupa, jadi jangan makan.
Elakkan menyimpan kentang dalam peti sejuk. Suhu sejuk dalam peti ais menggalakkan penukaran kanji kentang kepada gula. Proses kimia ini membuatkan kentang menjadi terlebih manis.
Bawang mengeluarkan gas s-oxide apabila dipotong. Gas itu akan naik ke atas dan bertindakbalas secara kimia dengan selaput air di mata untuk membentuk asid sulfurik. Badan bertindakbalas semulajadi dengan mengeluarkan airmata untuk mencuci perangsang tersebut.
Peranan Deria Ketika Memasak
Sebenarnya rangsangan rasa bukan hanya terganggu apabila kita demam atau kehilangan deria bau apabila kita selsema. Tekanan, gemuruh, stres sedikit sebanyak mampu mengganggu “rasa.” Ini kerana gemuruh/stres menaikkan kadar keasidan di dalam mulut. Masakan akan terasa lebih tajam dari asal. Oleh itu pastikan diri anda berada dalam keadaan tenang semasa “seasoning.”
Deria rasa bukan hanya tertumpu pada permukaan lidah. Deria rasa berada di bawah lidah, di tepi kedua-dua belah dalam pipi dan pada permukaan bibir yang sensitif pada rasa masin. Sebab itu apabila kita makan ikan masin atau daging yang ada pada tulang, kita makan dengan mengetap kedua-dua bibir dan menarik daging dari tulang. Ini akan memberikan sensasi kepada bibir dan makanan berasa sedap... agaknya.
Kepekaan rasa manis, masin, pahit pula amat kuat pada suhu 60° - 120°F. Jadi bila menaruh garam pada masakan panas yang akan dihidangkan sejuk, jumlah garam hendaklah dikurangkan agar tidak terlebih masin semasa dimakan nanti.
Deria bunyi adalah salah satu dari deria rasa. Tetapi kita jarang mengaitkannya ketika merasa makanan. Contohnya, bila kita makan goreng pisang lembik kita kata rasanya tidak sedap. Sebenarnya bukan rasa tidak sedap, tetapi “bunyi” yang tidak sedap. Rasa pisang tetap serupa – cuma gegendang telinga kita tidak dapat mendengar kerangupan salutan tepung pada pisang.
Begitu juga, jika diamati menu yang biasa kita hidangkan mesti mengandungi ikan goreng/ayam goreng. Ini mungkin kerana kita memenuhi kehendak “gegendang telinga”. Tanpa kita sedari kesan bunyi berperanan penting dalam menentukan masakan dan kesedapan sesuatu hidangan.
Lepas Makan, Tidur - Pemalas?
Sebenarnya hidangan makan malam itu sendiri boleh menjadi faktor kenapa sang suami mengantuk. Makanan yang mengandungi banyak tryptophan – sejenis asid amino yang membuatkan badan mengeluarkan serotanin yang membuatkan kita mengantuk. Contohnya daging lembu, kambing, ayam belanda.
Karbohidrat yang dihidang bersama lauk pauk juga mengeluarkan serotanin, contohnya kentang, keladi, roti.
Jenis makanan juga memberi kesan berapa lama kita tidur. Lemak mengambil masa lebih lama untuk hadam dari lain-lain. Jadi kalau lemak tinggi di dalam makanan, lagi lama kita tidur. Tetapi untuk sesetengah orang mungkin tidak, sebab bila makan banyak lemak perut pulak sakit dan tidak dapat tidur!!!
Cara Makan Yang Betul
Kenapa kita perlu makan perlahan-lahan dan bertertib? Apakah muslihatnya?
Menurut Rasullallah s.a.w. seseorang perlu mengunyah 40 kali sebelum menelan makanannya. Manakala saintis barat pula menekankan bahawa makanan perlu dikunyah sehingga hilang rasa benda yang dikunyah, iaitu lebih kurang dalam 50 kali.
Semasa kita makan, glukos darah naik sementara dan receptors akan menghantar isyarat ke otak memberitahu badan telah cukup makan. Secara amnya 20 minit diperlukan untuk isyarat sampai dari perut ke otak. Jadi apabila seseorang makan secara lahap (dan tidak mengunyah secara betul), selalunya kita sudah makan secara berlebihan ketika otak menerima isyarat cukup!!
Oleh itu tidak perlu untuk seseorang itu berdiet sehingga separuh mati untuk menurunkan berat badan. Kita cuma perlu menjaga cara pemakanan kita agar ianya betul dan tidak melebihi dari yang diperlukan oleh badan.
Pisang Istimewa
4 biji pisang montel
50 gm gula ising
30 gm mentega
2 sudu minyak masak
Langkah-Langkah Penyediaan
400 ml air
1 sudu kecil vanilla
Garam
100 ml santan
60 gm tepung beras
Garam
Lempeng Pisang Dengan Puri Durian
600 gm tepung all purpose
100 gm mentega
30 gm baking powder
7 gm baking soda
5 gm garam
130 gm gula
8 biji telur
200 gm pisang emas (dipotong)
5 gm kerepek pisang
Langkah-Langkah Penyediaan
1) Ayak kesemua bahan-bahan kering di dalam bekas besar, dan buat lubang di tengah-tengah bahan kering tersebut.
2) Campurkan telur di tengah-tengah bahan kering tersebut. Masukkan mentega bila ¾ bahan-bahan kering menjadi lembab. Perlahan-lahan campurkan mentega dan juga potongan pisang. Pastikan campuran tidak terlalu lama.
3) Panaskan kuali leper dengan api sederhana, sapukan sedikit minyak pada kuali.
4) Tuangkan bancuhan sebanyak 70 ml ke dalam kuali. Masak dalam 2-3 minit hingga gelembung udara timbul di bahagian atas lempeng dan di bawahnya pula kekuningan, terbalikkan lempeng tersebut. Masak lagi seminit.
5) Hidangkan dengan sos lempok durian, kerepek pisang dan puri durian.
Ambil isi durian dan dengan 2 sudu bentukkan isi durian seperti lonjong telur.
70 gm isi durian
50 ml gula melaka
1 helai daun pandan
Garam
Chicken Chop
2 peha ayam dibuang tulang (150-170gm)
60 gm serbuk roti
50 gm tepung gandum
2 biji telur (dikacau)
Garam
Lada hitam
200 gm mentega
350 ml susu segar
350 ml krim pekat
Garam
Lada putih
1) Kupas kentang dan kemudian dicuci dan dipotong dadu.
SOS “BROWN” BERCENDAWAN [1 liter]
Bahan-bahannya
250 gm bawang besar (dipotong kasar)
60 gm seleri (dipotong kasar)
5 gm bawang putih
70 gm tepung gandum
1.2 liter stok ayam
350 gm tulang ayam (dibakar)
1 helai daun salam
Garam
Lada hitam
Langkah-Langkah Penyediaan
1)Panaskan kuali. Masukkan bawang, seleri dan bawang putih. Masak hingga garing dalam 10 minit.
4) Rebus perlahan-lahan selama 2 jam. Buang “buih” yang terapung selama proses merebus. Tapis dan simpan.
Spaghetti Udang Galah
Saiz Hidangan - 2 Orang
Bahan-bahannya
150 gm udang galah
50 gm bawang besar
6 sudu besar minyak masak
2 biji tomato
2 biji cili merah
Garam
Lada hitam
5 gm ulam raja
280 gm spaghetti
Langkah-Langkah Penyediaan
1) Potong bawang secara dadu dan masak perlahan-lahan dalam kuali yang mengandungi minyak.
2) Masukkan tomato dan cili yang juga dipotong dadu disertakan secubit garam. Masak selama 5-6 minit.
3) Masukkan separuh dari udang ke dalam sos di atas dan masak selama 4 minit.
4) Masak spaghetti di dalam periuk yang mengandungi banyak air. Didihkan air sebelum dibubuh garam. Masak spaghetti selama 7-8 minit.
5) Toskan spaghetti dan masukkan ke dalam campuran sos tersebut. Kacau sebati selama 2 minit.
6) Separuh lagi udang dibubuh garam dan kunyit dan digoreng. Letakkan udang goreng di atas spaghetti.
Kredit Resepi - Chef Halim Abdullah
Risiko Kurang Pengambilan Lemak
Lemak adalah jentera penambah rasa, dan juga jentera untuk membawa vitamin larut lemak (A, D, E, K) ke seluruh badan.
Badan kita memerlukan lemak dan karbohidrat sebagai sumber tenaga. Jika badan kita tidak berlemak dan telah kehabisan karbohidrat, maka protin terpaksa digunakan sebagai sumber tenaga. Protin pula sebenarnya adalah lebih diperlukan untuk pembentukan tisu badan, bukan tenaga.
Dari itu, adalah penting untuk kita mempunyai lemak yang mencukupi di dalam makanan. Ia akan membantu badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan aktiviti harian.
Sup Cendawan
1 batang leek atau daun bawang (bahagian putih sahaja)
600 gm cendawan tiram
2 ulas bawang merah
1 camca mentega
Garam
Lada hitam
50 gm beras
1 liter stok ayam
Langkah-Langkah Penyediaan
1) Basuh leek dengan air mengalir. Potong memanjang. Basuh cendawan dengan mengelapnya menggunakan kain, buang kotoran di celah-celah cendawan. Kupas dan kisar bawang merah.
200 ml ketulan ais
100 gm tepung gandum
8 keping cendawan tiram
Sedikit kunyit
Langkah Penyediaan
1) Campurkan kuning telur ke dalam ais dan kacau hingga rata. Masukkan tepung gandum.
5 sudu besar minyak masak
garam
Langkah-Langkah Penyediaan